- Balasan Buat 4 orang Gadis Kerana Fitnah Seorang Lelaki Mencabul Mereka Dalam Tandas , Kini Berhadapan Hukuman Mati !
- 'Ketika Kami Tengah Susah..Suami Sanggup Kata Dah Makan Walaupun Dia Belum Makan Sebab Makanan Cuma Ada Sebungkus Je'
- 'Suami Nak Menikah Lagi? Pergilah..Buat Apa Nak Rebut Kalau Dah Tak Elok'
- "Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit"
Begitu juga andai kami terserempak dengan golongan pak-pak aji atau lelaki-lelaki yang berjubah, bersongkok atau berkopiah. Ada yang menggeleng-geleng kepala, ada yang sampai terjegil biji mata. Ada yang tak lepas pandang. Kejap-kejap pandang saya yang berjubah berniqab ini, kejap-kejap pandang suami yang ber'tattoo'.
Bayangkan juga bagaimana andai institusi agama Islam sendiri memandang kami dengan pandangan yang 'pahit untuk ditelan' sedangkan Islam itu agama yang baik, sempurna, syumul. Saya rasa andai kalian di tempat kami, tak ramai yang memiliki hati yang cekal dan 'tough'. Banyak perkara yang boleh buat kita makan hati dengan masyarakat namun hati kena kuat.
Bila ditanya kenapa suami masih ber'singlet'? Saya ambil ia sebagai jalan penghijrahan. Andai kalian faham, jalan penghijrahan seseorang bukan makan masa yang singkat. Saya sendiri pun walaupun berjubah dan berniqab, masih lagi lalai dengan agama. Teruskan membaca